nuffnang

Khamis, 10 Mac 2016

APA ITU KELAHIRAN BAYI PRAMATANG


feel free to click

Menerima Kelahiran bayi PRAMATANG....Memang 1 Anugerah dari Allah yang xdapat saya lupakan.....atas pengalaman sendiri saya melahirkan bayi seberat hanya  1.2 kg ... pada masa tu usia kandungan saya hanya 32 minggu sahaja...dan ini merupakan pengalaman kedua saya bagi proses kelahiran...perasaan waktu tu...Hanya Allah  saja yang tahu....Risau..Takut...semua ada....

Dengan Izin Allah bayi saya selamat... genap 50hr admit di NICU akhirnya bayi saya dibenarkan balik ke rumah, dan ketika itu beratnya baru mencapai 1.72kg syukur alhamdulillah.

Disini saya nak kongsi la sedikit info yang saya kumpul waktu dalam pantang dulu...apa lagi search la dalam internet..


Jika kita fikir memang mustahil untuk mengelakkan kelahiran pra matang tetapi sekurang-kurangnya dengan mengetahui tanda-tanda yang anda mungkin akan bersalin awal dapat memberikan sedikit persediaan kep
ada ibu-ibu baru yang belum ada pengalaman...


Apakah ertinya bayi pramatang?


Dalam terma perubatan, kelahiran pramatang berlaku apabila bayi anda dilahirkan sebelum lengkap minggu ke-37 kehamilan. Dianggarkan bahawa 5 peratus daripada kelahiran adalah pramatang. Bayi yang dilahirkan pada minggu ke-36 selalunya tidak mempunyai masalah, walaupun saiz bayi itu mungkin lebih kecil dan ia mungkin mengalami masalah pernafasan. Walau bagaimanapun, bayi yang dilahirkan lebih awal dari 36 minggu memerlukan lebih banyak pembesaran lagi dan organ dalamannya perlu menjadi lebih matang. Bayi sedemikian mungkin lemah sedikit dan sukar menghisap dan bernafas. Bayi-bayi yang lahir seawal minggu ke-22 hingga minggu ke-25 memang mempunyai peluang yang baik untuk hidup, tetapi lebih daripada separuh akan mempunyai ketidakupayaan sama ada ringan atau lebih teruk. 


Risiko kelahiran pramatang

Terdapat banyak faktor risiko yang lain. Ingatlah bahawa anda mungkin positif bagi semua faktor-faktor ini, namun, masih boleh mengandung bayi anda sehingga genap sembilan bulan atau anda yang tidak positif bagi faktor-faktor ini, namun, masih melahirkan bayi secara pramatang. Faktor-faktor risiko ini ialah: 

  • jangkitan pada vagina dan saluran urin
  • hamil kembar atau lebih
  • merokok
  • mengambil dadah seperti kanabis, ekstasi atau kokain
  • hidup dalam kemiskinan (ibu kekurangan zat yang diperlukan)
  • menjadi mangsa keganasan rumahtangga
  • beberapa keabnormalan pada uterus
  • pernah menjalani pembedahan serviks sebelum ini
  • pernah mengalami kelahiran pramatan
  • pernah mengalami keguguran, terutamanya di antara minggu ke-16 dan ke-24
  • Sesetengah komplikasi mengandung seperti pre-eclampsia (tekanan darah tinggi dan terdapat protein dalam urine) dan berlaku ‘placenta abruptio’(placenta dan dinding rahim terasing sebelum bersalin).

    RISIKO TERHADAP BAYI

    Seperti kenyataan di atas, bayi pramatang cenderung untuk menghadapi masalah kesihatan untuk jangka masa panjang atau masalah seumur hidup. Semakin awal bayi anda dilahirkan, semakin tinggi risiko masalah kesihatan yang akan dihidapi. Risiko bayi pramatang ialah termasuk


    • Sindrom kesukaran bernafas. Bayi yang baru lahir memerlukan sokongan ventilator.
    • Kesukaran untuk makan dan mengekalkan kepanasan badan. Bayi baru lahir memerlukan penjagaan kesiahatn yang sempurna dan sokongan incubator.
    • Berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.
    • Kematian, bayi terlalu kecil dan tidak kuat untuk hidup.
    • Mempunyai masalah kesihatan jangka masa panjang seperti buta, cerebral palsy, kesukaran belajar dan kesukaran berjalan.

    Keperluan bayi pramatang? 

    Haba atau  kepanasan persekitaran yang cukup. Bayi pramatang tidak mempunyai lemak secukupnya untuk memastikan suhu badan kekal walaupun jika bayi itu
    diselimutkan. Bayi ini perlu berada di dalam inkubator atau alat
    pemanas sehingga berat bayi cukup untuk mengekalkan suhu badan...

    Pemakanan dan tumbesaran bayi pramatang memerlukan
    keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Ini disebabkan tumbesaran bagi
    kanak-kanak pramatang secara lazimnya adalah lebih cepat daripada
    kanak-kanak cukup bulan (catch up growth) lebih-lebih lagi kerana
    sistem pencernaan makanan adalah tidak efektif seperti kanak-kanak
    cukup bulan.

    Makanan untuk bayi pramatang?
    Susu ibu adalah sumber makanan yang paling baik, tetapi bayi hanya boleh
    menyusu terus atau menggunakan botol selepas 32 minggu. Memulakan
    pemakanan bagi bayi pramatang perlu dilakukan secara sedikit demi
    sedikit. Jika tidak ia boleh menyebabkan masalah usus yang berbahaya.

    Lazimnya bayi yang belum boleh menyusu, susu ibu perlu dipam dan diberi melalui tiub.

    Susu ibu mempunyai khasiat lebih kerana ia mengandungi protein
    membantu melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran. Oleh kerana bayi
    pramatang mungkin memerlukan lebih banyak kalori dan vitamin, terdapat
    formula dalam bentuk serbuk yang boleh ditambah dalam susu ibu untuk

    meninggikan lagi khasiat.



    MASALAH YANG SELALU DIHADAPI OLEH BAYI 

    PRAMATANG  

    Jaundis (penyakit kuning)

    Masalah yang paling kerap bagi bayi pramatang ialah jaundis.
    Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan
    sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih
    bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi, tetapi
    jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan
    bahagian otak atau kecacatan pendengaran.
    Apnea

    Apnea adalah keadaan yang mana bayi berhenti bernafas. Pada
    masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkin
    kelihatan pucat dan biru. Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang
    daripada 30 minggu. Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap bayi
    memerlukan ubat untuk merangsang sistem pernafasannya.


    Anemia (kurang darah)
              Kebanyakan bayi pramatang akan mengalami masalah anemia. Ini
              mungkin menyebabkan bayi tidak membesar dan juga jika tahap anemia itu
              serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung.

    Masalah pernafasan (respiratory distress syndrome)
             Masalah ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dan
             secara tidak langsung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk
             bernafas. Masalah ini agak kerap berlaku.

             Begitupun, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan
             sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru (dikenali sebagai
             surfactant). Ia membolehkan paru-paru bayi pramatang berfungsi dengan
             lebih baik.

            Jika masalah pernafasan ini terlalu serius, bayi itu mungkin
             memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan. Penggunaan
             surfactant yang dibuat secara sintetik mengurangkan komplikasi masalah
             pernafasan.

    Jangkitan

    Jangkitan adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi
    pramatang. Ini disebabkan bayi pramatang tidak dapat melawan penyakit
    sebaik bayi yang lahir cukup bulan. Jangkitan ini boleh berlaku sebelum
    bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dilahirkan. Cara
    membasuh tangan yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan

    Patent Ductus Arteriosus(PDA)

    Duktus arteriosus adalah salur darah kecil yang menyambungkan
    salur arteri paru-paru dan salur aorta. Bagi bayi pramatang yang
    mempunyai masalah PDA; bergantung kepada besarnya PDA itu, dia boleh
    mengalami masalah kegagalan jantung. Ada ubat-ubatan yang boleh
    mengecilkan salur darah ini. Begitupun jika ia tidak berjaya masalah PDA ini boleh diselesaikan melalui pembedahan.

    Masalah Retina ( Retinopathy of Prematurity)

    Bayi pramatang mempunyai retina yang agak sensitif. Retina bayi
    pramatang boleh cedera dan ini boleh menyebabkan masalah penglihatan
    yang serius. Pada masa dahulu masalah ini dikaitkan dengan penggunaan
    oksigen yang berlebihan. Tetapi kaji selidik yang dijalankan tidak
    dapat memberi sebab kenapa ia berlaku.